Tuesday, January 4, 2011

~MeNyImPaN uTk MaSa DePaN~

Alhamdulillah, hari nie aku pi nak masuk duit utk ASB. Masukkan suami rm500 dan aku hanya rm100. Tapi tanpa kuduga, aku dpt bonus RM 5084.28. Aku wat loan ASB pada tahun lepas. Tapi, aku takleh enjoy dgn duit tue, nk wat rolling utk bayar loan. Aku rasa berbaloi sgt. Dgn RM5k tue aku bleh bayar down payment utk 8 bulan lagi (rm625 sebulan). Loan ASB nie thun pertama memang kena sacrifice skit sebab kena bayar downpayment. Tahun2 selepas tue rolling dividen saje. Tapi kalau tak kuarkan duit tue, lagi banyak la simpanan kita.

Mulai dari hari nie, aku akan masukkan paling kurang 500 dlm ASB suami. Biarla lapar pun asal ada simpanan kan... Semoga kami istiqamah utk menyimpan. Bukannya apa, kita tak tau apa yg akan berlaku pada masa hadapan kan. Lagipun, kalau kat dalam bank tue, duit asyik habis jer. At least kt ASB kita nampak duit yg kita smpan kan...

Lagi satu cara menyimpan, kami amik insurans. Suami amik etiqa prima rm300. Tiap 3 tahun suami akan dpt rm6000, boleh la wat simpan kt asb. suami amikkan aku etiqa mesra rm100. Yela, kita tak tau apa akan terjadi pada kita pada bila2 masa kan... Andaikata ALLAH nak menurunkan dugaan atau ingin mengambil nyawa kita, at least kita tak menyusahkan org. Kekadang pasal duit ni, suami isteri pun boleh gaduh. nauzubillah.

Saturday, January 1, 2011

~PeRcInTaAn Yg InDaH~

Tetiba rasa nak tulis pasal percintaan dgn suami. Hehe.. Saje jer nk mengimbau kenangan2 silam. Hmm, kami nie bukanla alim sgt menjaga batas2 pergaulan. Tapi setakat yg termampu tue kami buatla...


Secara jujurnya aku tak kenal sgt hati budi suami mcmana kan... Sebelum kawen tue, kami jarang jumpa. Jumpa pn rasanya xsampai 10 kalo. tue pn aq pi umah dia, dia p umah aq. Biasanya kami pi mna2 dgn family la. 


Pastu sepanjang berkawan n bertunang, kami tak pernah borak kat tepon. Ada pun hanya call tnya kt mana tue bla dia nk amik aq kt stesen bas. tue pn tak smpai satu minit. Kami hanya bersms ngan chat saje. Tue pn klu sempat jer sebab masing2 sibukkan... Aku ada juga dgr citer org memburuk2kan suami aku, tapi biarla mmg dh jodoh aku ngan dia...


So, bila dah kawen tue, ALLAH saje yg tau betapa malunya pada suami. Lepas kawen tue, hari yg kelima adalah first time kami berpegang tangan tue pun dalam bas masa nak balik Kedah. Menggeletar tangan aku hehe... 


Kami tak banyk citer personal life masing2. Lepas kawen aku tak tau apa yg dia suka ker dak. Masih tidak membahasakan diri dgn panggilan yg sepatutnya atra suami isteri, hehe malu kot. Dlm masa 2 3 bulan tue, kalau ada masalah aku pendam saje. Kalau aku rasa sedih berjauhan ngan keluarga, aku duk termenung. Pastue msa tue gaji suami pun aku tak tau, nak minta duit pn malu. Jadi mcm janggal sgt. 


Pada satu hari yg indah tue, suami tnya kenapa termenung sume, barula aku citer sume yg terpendam kt dlm hati aku. Rasa lega yg teramat sgt... Dan selepas itu, barula aku tau hikmah perkahwinan tue. Dan barula aku mula kenal hati budi suami. Dan mungkin pada waktu itu, i fall in love with him... Indahnya percintaan selepas berkahwin, alhamdulillah...

~HaRi-HaRi MaKaN cErEaL~

Semenjak dua menjak nie, menu harian suami utk breakfast adala susu segar ngn cereal. Klu beli cereal tue, 2 3 hari jer dh hbis. Tue pun hubby mkn sorg. Takperla berhabis duit utk beli cereal ngn susu pn, asalkan hubby sihat. Klau kita mkn kt tmpt2 fast food pn, bnyk juga yg abis. Bek beli cereal, kan abg.. hehe


Sekarang nie hubby mkn tghari satu pinggan saje. bla suruh tmbah dia taknak. kesian dia sbab dia control makan. terpaksa kawal nafsu mkn. malam dia tak mkn, aku goda suh mkn pn dia ttp xmkan. So, tiap hari aku hnya masak 1 pot beras, tue pn xhbis. dia kata hari2 berat dia turun, alhamdulillah, credit to my hubby. Penggunaan gula pun aq dh control. Bapa mertua sudah kena kencing manis, so kena control gula hubby. Sebelum nie 1kg gula tue than 2 minggu aje. Hari2 hubby nk minum sunquick orange. Skrg nie, 1kg tue leh than sebulan. Alhamdulillah. 

~MeNzIaRaHi MaK lOnG~

28/12/2010 aku interview guru mrsm kat ibupejabat mara kl. So, 27/12 tue hari isnin suami amik half day. Dlm kul 3 kami pun turun ke KL. First time aku drive lalu Tapah sebab suami mengantuk. Smpai umah mak long Sungai Buloh pkul 630 ptg. Fmily aq ada kt sna sebab ada kenduri saudara pada hari Ahad. Parents nak sgt perkenalkan menantu dia kt maklong sumer hehehe.. 


Makan2 kat uma maklong, pastue melawat uma sepupu2 kt sbelah2. Mak long bgi kain pelekat n kain batik yg dia beli dari indon. Pastue ada tok sedara dari indon bgi cadar batik halus. Pastue kami pn pi tune hotel. Hotelnya kecik, tpi okla sbab nk tido saje. Malam tue dlm kul 930 p nk cri tudung tuk p interview, jalan TAR n maju junction dh tutup. Hanya ada gulati's jer. Aduh mak mahalnya tudung2 dia. Hubby suka satu tudung tue, harga dlm rm70++, dia belikan. First time aku beli tudung mahal gile. Tq abg...


Esoknya p interview x mo citela tak bes, balik interview kul 11 tue family aq pn kuar utk p umah mak long semah kt ulu yam baharu. Kami pi pandan indah dlu tgk adah. Nk bgi dia brg2 yg dia pesan. Pastue bwa dia pi mkn kfc dlu. Sian kt dia. Pas hntr dia kul 2 tue, dia ada kuliah, kami pn pi umah maklong kt ulu yam. Nape aq ada dua maklong. Nenek aku janda anak sorg (kematian suami), datuk aku duda anak sorg (kematian isteri). Mereka berkahwin, so ada la dua maklong.


Makan2 n borak2 kt uma maklong. Niat di hati nak berurut, tpi maklong kta takleh urut perut klu lepas mkn, so hubby kta nanti lain kali pi. Hmmm, walaupun hubby aq seorg yg pendiam, alhamdulillah dia bleh get along ngn family aq. Hubby juga bagi duit rm50 pada kedua2 maklong. Tq abg, smoga ALLAH memurahkan rezki kita, amin. 


Perjalanan pulang tue kami lalu batang kali. masuk hiway Tg Malim. Perjalanan ke tanah rata hanya 165 km. klu terus lalu hiway, sejam setengah dh smpai. tpi kami amik msa 4 jam jugala nk smpai uma sebab sebelum nek hiway tue, jalan slow sbab ada lori kt dpan. dh msuk hiway hujan lebat pla. dh nk nek tapah tue, besela bwa slow saje dlm 50kmj. Alhamdulillah ALLAH lindungi kami dlm perjalanan. :)

Saturday, December 18, 2010

~UjIaN dArI ALLAH~

Semalam henset hubby rosak. Tak boleh terima mesej n takleh view call list. Pastu bila charge kuar error n bla dah charge, cabut charger baterinya empty. Esok pi Ipoh nak belikan henset sony ericsson xpressa utk hubby (belikan aje, tapi tak kuarkan duit huhu). Pagi2 tadi pula microwave rosak pula. Sedihnyer bila sumer barang nak rosak, ujian ALLAH utk kami. Segala masalah pasti ada hikmahnya, hubbyku yg cool slalu, smoga terus cool walaupun brang rosak hehe. Sian kt abg bnyk hbis duit.

Esok nak bangun kul 5 pagi. Kul 6 nak bertolak ke Ipoh hntr Ifah ke Medan Gopeng. Kami pergi berdua saje sbab hubby keje esok. Rasa seram sejuk juga nak turun dari Cameron berdua ketika hari masih gelap. Ya ALLAH lindungilah kami.

Monday, December 13, 2010

~BuAt WeB~

Hari Sabtu baru nie, aku ngan husband baru beli hosting dari embunweb. Kami bercadang nak wat bisnes buku perubatan online. Dengan lafaz bismillah segalanya bermula. Aku sangat excited memulakan bisnes nie. Ia bertitik tolak dengan kesungguhan ayahku mendaftar syarikat "YK EDUCRES" sebagai pembekal buku. So, aku dan suami bercadang menjadi subline kecil saje menjual buku2  perubatan. Seronoknya berniaga dengan sokongan suami. 


So, lepas dpt hosting tue, kami tak tau nak buat apa, klu nak belajar wat web kena bayar lagi rm499. Mahal tue, so dengan kebijaksanaan suami, dia berjaya setupkan web tersebut. Alhamdulillah. Syabas habibi. Ya ALLAH, murahkanlah rezeki kami, Amin...

Sunday, December 12, 2010

~FoRmAt KoMpUtEr~

Sabtu baru nie (11.12.2010), ketika aku sedang mengemas store barang2 dapur, aku meminta suamiku membuang komputer yg berada dalam kabinet di store tersebut kerana kekurangan ruang utk meletak bekas kuihku. Suami mengambil pc tersebut dan membukanya... Surprisingly, boleh buka!!

Tapi ia menggunakan perisian Windows ME, lama tue dan agak lembab, so suamiku kata dia nak format pc tue. aku membayangkan dia akan memformat pc tersebut di kedai komputer. Past experience, sebelum berkahwin suami menghantar laptop utk diformat ke kedai. Dulu dia ckp dia tak reti nak format komputer.

Dengan gamblenyer, kami pun mula memformat pc tersebut. Aku menolong sket2 diawal2 saje, kemudian suami yg buat sumenyer smpai la dpt diformat menggunakan XP. Mungkin bagi setengah2, format nie kerja mudah, tapi yelah.. bru bljar, pngalaman yg bru!! Syabas suamiku, anda memang hebat...