Saturday, December 18, 2010

~UjIaN dArI ALLAH~

Semalam henset hubby rosak. Tak boleh terima mesej n takleh view call list. Pastu bila charge kuar error n bla dah charge, cabut charger baterinya empty. Esok pi Ipoh nak belikan henset sony ericsson xpressa utk hubby (belikan aje, tapi tak kuarkan duit huhu). Pagi2 tadi pula microwave rosak pula. Sedihnyer bila sumer barang nak rosak, ujian ALLAH utk kami. Segala masalah pasti ada hikmahnya, hubbyku yg cool slalu, smoga terus cool walaupun brang rosak hehe. Sian kt abg bnyk hbis duit.

Esok nak bangun kul 5 pagi. Kul 6 nak bertolak ke Ipoh hntr Ifah ke Medan Gopeng. Kami pergi berdua saje sbab hubby keje esok. Rasa seram sejuk juga nak turun dari Cameron berdua ketika hari masih gelap. Ya ALLAH lindungilah kami.

Monday, December 13, 2010

~BuAt WeB~

Hari Sabtu baru nie, aku ngan husband baru beli hosting dari embunweb. Kami bercadang nak wat bisnes buku perubatan online. Dengan lafaz bismillah segalanya bermula. Aku sangat excited memulakan bisnes nie. Ia bertitik tolak dengan kesungguhan ayahku mendaftar syarikat "YK EDUCRES" sebagai pembekal buku. So, aku dan suami bercadang menjadi subline kecil saje menjual buku2  perubatan. Seronoknya berniaga dengan sokongan suami. 


So, lepas dpt hosting tue, kami tak tau nak buat apa, klu nak belajar wat web kena bayar lagi rm499. Mahal tue, so dengan kebijaksanaan suami, dia berjaya setupkan web tersebut. Alhamdulillah. Syabas habibi. Ya ALLAH, murahkanlah rezeki kami, Amin...

Sunday, December 12, 2010

~FoRmAt KoMpUtEr~

Sabtu baru nie (11.12.2010), ketika aku sedang mengemas store barang2 dapur, aku meminta suamiku membuang komputer yg berada dalam kabinet di store tersebut kerana kekurangan ruang utk meletak bekas kuihku. Suami mengambil pc tersebut dan membukanya... Surprisingly, boleh buka!!

Tapi ia menggunakan perisian Windows ME, lama tue dan agak lembab, so suamiku kata dia nak format pc tue. aku membayangkan dia akan memformat pc tersebut di kedai komputer. Past experience, sebelum berkahwin suami menghantar laptop utk diformat ke kedai. Dulu dia ckp dia tak reti nak format komputer.

Dengan gamblenyer, kami pun mula memformat pc tersebut. Aku menolong sket2 diawal2 saje, kemudian suami yg buat sumenyer smpai la dpt diformat menggunakan XP. Mungkin bagi setengah2, format nie kerja mudah, tapi yelah.. bru bljar, pngalaman yg bru!! Syabas suamiku, anda memang hebat...

~MeNgApA bAnJaRaN tItIwAnGsA~

Mungkin ada yang tertanya2 mengapa blog ini dinamakan lambaian Banjaran Titiwangsa... Yeah, di saat ini, aku sedang bermastautin di salah sebuah daerah di Banjaran Titiwangsa yang indah dan permai, iaitu di Cameron Highlands. Gunung ganang berbalam2 saujana mata memandang, pohon2 menghijau sesejuk mata memandang dan udaranya nyaman dan segar sekali...


Seperti berada di luar negara, terhindar dari kepanasan khatulistiwa seperti bahagian2 lain di Malaysia, aku menikmati kehidupan disini dengan penuh keasyikan, apatah lagi bersama orang tersayang. Puas rasa hati ini kerana diberi kesempatan untuk menetap disini, tempat yang sebelum ini kuimpikan untuk dinikmati. Semoga ALLAH memberkati kehidupan kami dan sentiasa melindungi kami disini. Amin..  

~ShUkUr Ya AlLaH kRn MeNgUrNiAkAn DiA~

Sudah 6 bulan aku menjadi isteri kepada seorg suami yg sempurna pada pandangan mataku. Selama menjadi isterinya, dia tak pernah meninggikan suara padaku. Seorang suami yg sgt lembut pada isterinya. Melayan segala kerenahku dgn sabar. Thank you abang. 


Dahulu aku merupakan seorg wanita yg sgt indpendent. Aku merasakan yg selagi aku mampu melakukannya sendirian, akan kulaksanakan tanpa bantuan orang lain. Tetapi, setelah aku  bernikah, baru kutahu betapa tenteramnya perasaan bilamana segala permasalahan mempunyai idea dan nasihat dari suami. Sehingga sekarang pun bila ada masalah aku pendam saje. Tapi bila suami tanya, aku cerita barulah aku rasa ketenteramannya.


Bila balik rumah mertua pada hari raya, ramai orang cakap aku beruntung menjadi isterinya sebab dia pandai masak. Memula aku rasa biasa jer lelaki pandai masak. Tapi lama kelamaan aku terasa betapa beruntungnya diri ini. Bila ada masa lapang kami akan bersama memasak. Syoknya mempunyai hobi yang sama. Memasak bersama2 sungguh mengasyikkan. 


Suami juga pandai menjahit. Dia pernah menjahit langsir yg berenda2 yang aku sangka ditempah dikedai. Dia menjahit kain batikku dan jubahku. Walaupun hanya menjahit benda yg simple2, aku sangat bersyukur. Lepas nie kalau ada mesin jahit, harapnya aku dpt menjahit baju melayu untuknya. 


Suami juga sangat kreatif, dia ada sebuah blog novel. Dia pandai menghias rumah dan pandai menghias meja makan pengantin (seperti yang dilakukan di majlis perkahwinan abang nya). Mungkin ramai beranggapan suamiku nie tak macho sebab membuat kerja2 perempuan, cakapla apa saja. Yang penting, bila suamiku menyarungkan overallnya, dia sangat macho pada pandangan mataku.


Solat fardhu kami tunaikan secara berjemaah melainkan ada perkara yang tak dapat dielak. Alhamdulillah, terkabul doaku untuk mendapat suami yang boleh menjadi imamku. Suaranya membaca kalam ALLAH sangat merdu. Segala kemusykilan agama aku akan rujuk padanya. Walaupun dia bukan seorg ustaz, alhamdulillah dia memberikan jawapan persis seorang ustaz. 


Hakikat manusia biasa, suamiku pasti ada kekurangan di sana sini, tapi insyaALLAH kekurangan itu boleh ditampal2 dengan kebaikannya. Dan insyaALLAH kekurangan itu aku terima seadanya kerana aku juga bukan manusia yg tidak sempurna. Terima kasih kepada suamiku yang sudi menerima diri yang serba kekurangan ini. Oklah, nak memasak pula. Banyak sungguh puji suami, mesti kembang2 hidung dia.