Sunday, December 12, 2010

~MeNgApA bAnJaRaN tItIwAnGsA~

Mungkin ada yang tertanya2 mengapa blog ini dinamakan lambaian Banjaran Titiwangsa... Yeah, di saat ini, aku sedang bermastautin di salah sebuah daerah di Banjaran Titiwangsa yang indah dan permai, iaitu di Cameron Highlands. Gunung ganang berbalam2 saujana mata memandang, pohon2 menghijau sesejuk mata memandang dan udaranya nyaman dan segar sekali...


Seperti berada di luar negara, terhindar dari kepanasan khatulistiwa seperti bahagian2 lain di Malaysia, aku menikmati kehidupan disini dengan penuh keasyikan, apatah lagi bersama orang tersayang. Puas rasa hati ini kerana diberi kesempatan untuk menetap disini, tempat yang sebelum ini kuimpikan untuk dinikmati. Semoga ALLAH memberkati kehidupan kami dan sentiasa melindungi kami disini. Amin..  

No comments:

Post a Comment