Sunday, December 12, 2010

~ShUkUr Ya AlLaH kRn MeNgUrNiAkAn DiA~

Sudah 6 bulan aku menjadi isteri kepada seorg suami yg sempurna pada pandangan mataku. Selama menjadi isterinya, dia tak pernah meninggikan suara padaku. Seorang suami yg sgt lembut pada isterinya. Melayan segala kerenahku dgn sabar. Thank you abang. 


Dahulu aku merupakan seorg wanita yg sgt indpendent. Aku merasakan yg selagi aku mampu melakukannya sendirian, akan kulaksanakan tanpa bantuan orang lain. Tetapi, setelah aku  bernikah, baru kutahu betapa tenteramnya perasaan bilamana segala permasalahan mempunyai idea dan nasihat dari suami. Sehingga sekarang pun bila ada masalah aku pendam saje. Tapi bila suami tanya, aku cerita barulah aku rasa ketenteramannya.


Bila balik rumah mertua pada hari raya, ramai orang cakap aku beruntung menjadi isterinya sebab dia pandai masak. Memula aku rasa biasa jer lelaki pandai masak. Tapi lama kelamaan aku terasa betapa beruntungnya diri ini. Bila ada masa lapang kami akan bersama memasak. Syoknya mempunyai hobi yang sama. Memasak bersama2 sungguh mengasyikkan. 


Suami juga pandai menjahit. Dia pernah menjahit langsir yg berenda2 yang aku sangka ditempah dikedai. Dia menjahit kain batikku dan jubahku. Walaupun hanya menjahit benda yg simple2, aku sangat bersyukur. Lepas nie kalau ada mesin jahit, harapnya aku dpt menjahit baju melayu untuknya. 


Suami juga sangat kreatif, dia ada sebuah blog novel. Dia pandai menghias rumah dan pandai menghias meja makan pengantin (seperti yang dilakukan di majlis perkahwinan abang nya). Mungkin ramai beranggapan suamiku nie tak macho sebab membuat kerja2 perempuan, cakapla apa saja. Yang penting, bila suamiku menyarungkan overallnya, dia sangat macho pada pandangan mataku.


Solat fardhu kami tunaikan secara berjemaah melainkan ada perkara yang tak dapat dielak. Alhamdulillah, terkabul doaku untuk mendapat suami yang boleh menjadi imamku. Suaranya membaca kalam ALLAH sangat merdu. Segala kemusykilan agama aku akan rujuk padanya. Walaupun dia bukan seorg ustaz, alhamdulillah dia memberikan jawapan persis seorang ustaz. 


Hakikat manusia biasa, suamiku pasti ada kekurangan di sana sini, tapi insyaALLAH kekurangan itu boleh ditampal2 dengan kebaikannya. Dan insyaALLAH kekurangan itu aku terima seadanya kerana aku juga bukan manusia yg tidak sempurna. Terima kasih kepada suamiku yang sudi menerima diri yang serba kekurangan ini. Oklah, nak memasak pula. Banyak sungguh puji suami, mesti kembang2 hidung dia. 

No comments:

Post a Comment